Sunday, November 1, 2009

PERHATIAN!

Ahli kelab Health Hikers yang mendaki Bukit Bangkong diminta mendaftarkan kehadiran anda pada borang yang telah disediakan di bawah kaki Bukit Bangkong.

Hadiah Menarik Menanti ANDA!!!!

Maklumat lanjut di Pengumuman

Sunday, October 25, 2009

Senarai Aktiviti Health Hikers Club 2009


PERHATIAN! Semak aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tahun ini......JANGAN KETINGGALAN........Maklumat lanjut di Pengumuman...

Thursday, July 9, 2009

Health Hikers : Get Your Feet Moving Today

Sebuah Projek Komuniti oleh:




Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia


Dengan kerjasama:



Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Wednesday, July 8, 2009

Projek Health Hikers



Aktiviti mendaki telah lama dikenalpasti sebagai satu aktiviti penting yang mampu menyumbang kesihatan yang sihat. Aktiviti mendaki dapat meningkatkan semangat rohani dan jasmani serta mampu memberikan kesedaran alam sekitar kepada pendaki. Aktiviti mendaki mampu memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan kita di mana ia mampu mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko sakit jantung serta mampu mengimbangkan kadar tekanan darah kita.

Health Hikers: “Get Your Feet Moving Today” merupakan satu projek pembangunan komuniti anjuran Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia (Prihatin Malaysia) dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia untuk mempromosikan aktiviti mendaki sebagai satu aktiviti harian yang mampu menyumbang kepada kesihatan yang sihat. Projek ini bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan aktiviti fizikal di kalangan masyarakat kita dan mengurangkan tabiat melepak khususnya di kalangan golongan remaja yang kian berleluasa.

Projek ini akan melibatkan 250 peserta dari Daerah Chemor yang akan terdiri daripada murid sekolah, remaja lepasan sekolah, suri rumah, golongan pesara serta orang awam lain yang berminat. Projek Health Hikers akan dilaksanakan selama 6 bulan bermula dari 15hb Jun 2009 dan akan ditamatkan pada 15hb Disember 2009.

Objektif Projek


>>mempromosi kesedaran kesihatan di kalangan kumpulan sasar

>>mempromosi aktiviti mendaki sebagai aktiviti senaman harian

>>mengurangkan aktiviti melepak di kalangan golongan remaja

>>mendidik komuniti akan kepentingan aktiviti mendaki sebagai senaman harian

>>melibatkan komuniti dalam aktiviti mendaki serta aktiviti kesedaran kesihatan melalui sesi woksyop dan seminar

>>menggalakkan peserta melibatkan diri secara aktif dan menggalakkan ahli keluarga turut serta

>>menggunakan aktiviti mendaki sebagai satu alat untuk membantu menghindarkan diri kita dari pelbagai penyakit kronik

>>menggalakkan peserta untuk menerima aktiviti mendaki sebagai satu aktiviti yang mengembirakan dan menenangkan fikiran

Lokasi Projek



Bukit Bangkong (Tanah Hitam, Perak) sebuah bukit kecil dengan ketinggian 1,022 kaki telah dipilih sebagai lokasi mendaki untuk projek ini. Bukit Bangkong menawarkan laluan yang menarik kepada pendaki. Ia juga turut menawarkan beberapa laluan alternatif kepada pendaki (curam serta tidak begitu curam) agar mereka dapat memilih laluan yang sesuai untuk diri mereka. Bukit ini telah menjadi tarikan pendaki sejak tahun 2004 tetapi hanya sekitar 50 pendaki yang mendakinya setiap hari manakala selebihnya hanya datang sekali atau dua kali seminggu. Projek ini berhasrat untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan aktiviti mendaki sebagai satu bentuk senaman dan menggalakkan komuniti yang terlibat untuk menerima aktiviti mendaki sebagai satu aktiviti senaman harian yang mampu membantu menyumbang ke arah kesihatan yang sihat.

Kebaikan Aktiviti Mendaki


>>Mengurangkan Berat Badan : Aktiviti mendaki telah lama dikenalpasti sebagai satu aktiviti penting untuk mengurangkan berat badan serta menyumbang kesihatan yang sihat. Penurunan berat badan melalui aktiviti mendaki adalah lebih berkekalan jika dibandingkan dengan program penurunan berat badan yang lain seperti diet dan sebagainya. Pendakian dalam kadar 2-MPH untuk peserta dengan berat badan 150 pound mampu membakar 240 kalori dalam sejam.

>>Menghindarkan Penyakit Jantung: Lebih dari 2,600 orang mati sehari (seorang mati setiap 33 saat) disebabkan oleh penyakit cardiovascular. Walaupun penyakit jantung bukan hanya disebabkan oleh kekurangan senaman tetapi aktiviti senaman seperti berjalan atau mendaki akan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Mereka yang tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti senaman mempunyai peluang dua kali ganda untuk mendapat penyakit jantung. Aktiviti mendaki turut dapat mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah kita yang menjadi salah satu faktor utama serangan jantung. Secara khususnya, ia mampu meningkatkan kadar kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) yang juga dikenali sebagai ‘kolesterol baik’.

>>Mengurangkan Hypertension (Tekanan Darah Tinggi): Masalah tekanan darah tinggi merupakan masalah global yang dihidapi oleh jutaan rakyat. Analisa telah membuktikan bahawa aktiviti senaman seperti berjalan atau mendaki mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

>>Membaikpulih dan mengekalkan kesihatan mental: Masalah tekanan dan kemurungan telah menjadi masalah kesihatan yang biasa pada masa kini tetapi ramai yang telah mendapati bahawa aktiviti berjalan telah mampu mengurangkan masalah ini. Analisa telah membuktikan bahawa aktiviti berjalan/mendaki mampu mengurangkan tekanan.

>>Memperlahankan Proses Penuaan: Analisa telah membuktikan bahawa mereka yang tidak melakukan senaman kerap akan mengalami proses penuaan yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang kerap bersenam. Proses penuaan akan dipercepatkan oleh cara hidup yang tidak aktif dan tidak sihat. Aktiviti berjalan/mendaki mampu melambatkan proses penuaan.

>>Mengelakkan Osteoporosis: Osteoporosis merupakan penyakit tulang yang kerap dihidapi oleh golongan wanita disebabkan oleh kekurangan kalsium. Senaman mampu meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan kadar kehilangan kalsium.

>>Mengelak dan Mengawal Diabetes: Penyakit Diabets yang tidak dikawal boleh menyebabkan kerosakan ginjal, jantung, mata dan saraf. Senaman seperti berjalan.mendaki mempu mengelakkan dan mengawal diabetes.

>>Memulihkan Atritis: Ramai penghidap arthritis mengurangkan senaman kerana mereka menganggap senaman akan menambah kesakitan. Analisa menunjukkan bahawa senaman sebenarnya mampu mengurangkan kesakitan kerana aktiviti senaman seperti mendaki akan menguatkan otot dan memberikan sokongan yang lebih baik.

>>Mengurangkan Sakit Pinggang: Aktiviti mendaki mampu mengurangkan sakit pinggang yang disebabkan oleh pekerjaan yang menggalakkan anda duduk untuk waktu yang lama. Ia mampu mengurangkan kejangan otot pinggang dan memberikan kelegaan.


“Tabiat sihat ke arah gaya hidup sihat”